Cara menerbitkan buku sendiri tidak melalui penerbitan buku merupakan suatu alternatif baru dalam bidang penerbitan buku di Malaysia. Ianya dikenali sebagai SELF PUBLISHING. Kekangan komisen yang terlalu tinggi menambahkan lagi perkembangan sistem SELF PUBLISHING ini. Selain dari itu banyak karya dihantar dibakul sampahkan, menyebabkan pengkarya beralih angin kearah penerbitan cara ini.

Bagi pengkarya baru, untuk menjadi seorang pengkarya profesional bukanlah suatu impian, tetapi melihat karya berada dipasaran merupakan suatu kebanggaan. Selain dari berada dipasaran, saluran internet yang ada, boleh diimpak secara maksima untuk memasarkan karya anda. Anda boleh test pasaran dengan mencetak seminima yang boleh iaitu sebanyak 1,000 naskah dan jika terjual, anda boleh merasa hasilnya. Jika karya anda diterbitkan oleh penerbit, 1,000 naskah test market, tidak boleh anda rasai wangnya kerana dalam perjanjian penerbitan anda mengizinkan kepada penerbit untuk mencetak tanpa apa-apa royalti sebanyak 1,000 unit dengan maksud sebagai test market / promosi.

Begitu juga dengan royalti kepada pengkarya. Paling awal, 6 bulan untuk anda terima bayaran dari penerbit. Jika anda terbitkan sendiri dan pasarkan sendiri, anda cepat memungut hasilnya.

Di era teknologi serba canggih sekarang, sistem percetakan dan pengedaran boleh dilakukan sendiri oleh pengkarya. Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Tepuk dada tanya selera.

APA ITU SELF PUBLISHING

Bahasa mudah difahami :

1. Yang penting, anda seorang pengkarya (pelukis atau penulis), anda ada karya untuk diterbitkan.

2. Anda urus sendiri kerja-kerja penerbitan seperti taipseting dan design karya anda.

3. Anda ke kedai percetakan. Urus dengan percetakan untuk urus karya anda. Anda tetapkan tetapkan sendiri bila siap.

4. Anda pasarkan sendiri dikedai-kedai buku. Anda kutip sendiri hasil dari jualan buku tersebut.

Kelebihan Self Publishing :

Bebas dari penolakan naskah. Anda bebas menerbitkan buku apa saja semahu-mahu anda, dengan cara apapun yang anda kehendaki, sebebas apapun yang anda inginkan.

Tak perlu tunggu lama. Anda sendiri yang mengurus semuanya, maka lama tidaknya proses penerbitan buku bergantung kepada anda. Mahu cepat atau lama, semua bergantung pada anda. Kalau anda mencetak di percetakan, anda urus sendiri dengan percetakan, mahu siap bila.

Hasilnya, 100% keinginan anda. Namanya juga self publishing. Semuanya terserah kepada anda. Anda bebas untuk membuat konsep, format dan bentuk buku yang benar-benar sesuai keinginan anda.

Hasilnya lebih besar dan lumayan, kerana anda sendiri yang menjadi penerbit. Maka tak ada istilah royalti. Yang ada adalah profit dari hasil penjualan buku. Semuanya bergantung kepada kebijksanaan anda. Jika anda bijak menguasai pemasaran, banyaklah hasil yang masuk kepoket anda.

CABARAN PENERBITAN BUKU CARA SELF PUBLISHING

Bagi anda yang baru pertama kali ingin menerbitkan karya anda, ianya terlalu sukar untuk anda lakukan. Untuk menghasilkan karya bukanlah terlalu sukar, tapi bagaimana dengan kerja-kerja taipseting, design cover, bagaimana dengan format-format buku, nak urus penerbitan dan percetakan dan yang paling susah sekali cara pemasaran. Pening dan terlalu pening !!!!!

Jangan bimbang, kami ada solusinya.....



JOM SERTAI SISTEM SELF PUBLISHING KAMI

Bagaimana sistem self publishing kami beroperasi?

1. Anda bebas menerbitkan sebarang genre karya anda. Terpulang kepada anda, samada buku kajian, tesis, fiksyen, novel, komik dan sebagainya. Harga buku ditetapkan oleh anda sendiri. Permohonan ISBN akan kami ajar cara memohonnya. Atas persetujuan bersama, setiap karya akan dikenakan sedikit KOS PENERBITAN. Kerja-kerja penerbitan termasuklah kerja-kerja taipseting, design, lukisan dan sebagainya. Tetapi jika anda berkemahiran dalam kerja-kerja tersebut, tiada sebarang caj. dikenakan.

2. Proses percetakan akan diurus oleh kami. KOS PERCETAKAN yang kami kenakan dijamin termurah jika dibandingkan dengan syarikat percetakan lain.

3. Selepas siap proses percetakan, kami akan uruskan proses penghantaran kepada anda. Cara penghantaran dibuat selepas mendapat persetujuan bersama.

4. Anda bebas memasarkan kepada sesiapa sahaja samada secara online, dikedai-kedai buku dan sebagainya. Karya yang bermutu, InsyaAllah kami akan pasarkan melalui kaedah pemasaran kami.

Apa ditunggu lagi. Jom sertai kami sekarang.

Hubungi : 09-7421566, 019-9072030
Google map : Image Graphic, Kota Bharu, Kelantan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CARA MEMOHON ISBN

Self Publishing : Bagaimana Mencetak Buku Komik dan Novel Grafik