CARA MEMOHON ISBN
Apakah Itu ISBN? International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982. ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku. Contoh ISBN : ISBN 983-99557-1-3 - ISBN 10 angka atau ISBN 978-983-99557-1-2 - ISBN 13 angka (implementasi mulai Januari 2007) Struktur ISBN Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian, tiap-tiap bahagian dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sempang. Penggunaan ISBN ISBN berasingan perlu diberi kepada: Setiap Judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang ...