Catatan

CARA MEMOHON ISBN

Apakah Itu ISBN? International Standard Book Number atau dikenali sebagai ISBN ialah satu kod sepuluh (10) atau tiga belas (13) angka yang diperuntukkan kepada satu judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. ISBN diperoleh daripada International ISBN Agensi yang berpusat di London . Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia mulai Ogos 1982. ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak di belakang muka surat judul dan belakang kulit buku. Contoh ISBN : ISBN 983-99557-1-3 - ISBN 10 angka atau ISBN 978-983-99557-1-2 - ISBN 13 angka (implementasi mulai Januari 2007) Struktur ISBN Setiap ISBN mengandungi 13 angka dan didahului dengan perkataan ISBN dalam huruf tebal. ISBN 13 angka ini dibahagikan kepada lima (5) bahagian, tiap-tiap bahagian dipisahkan oleh satu jarak atau tanda sempang. Penggunaan ISBN ISBN berasingan perlu diberi kepada: Setiap Judul yang diterbitkan, tetapi TIDAK bagi cetakan semula buku yang ...

Self Publishing : Bagaimana Mencetak Buku Komik dan Novel Grafik

Imej
Makna SELF PUBLISHING , sudah diterangkan dalam tulisan saya sebelum ini...... Biarpun begitu, secara mudah difahami, Self Publishing merupakan anda tulis / lukis, anda edit, anda urus percetakan dan anda urus pemasaran. Maknanya anda bebas menulis apa sahaja ikut kemahuan anda, anda berunding dengan syarikat percetakan dan anda urus pemasaran sendiri. Self Publishing membolehkan anda mengurus penulisan / lukisan, artis, ilustrator dan sebagainya mengikut kehendak anda.. Apabila anda menjual ciptaan anda sendiri, anda menyimpan semua hak anda, anda menentukan di mana anda menjual dan bagaimana anda mengedarkan, anda mengawal percetakan dan anda sendiri mengaut keuntungan. Sebenarnya perkembangan webcomic dan ebooks telah mengubah landskap penerbitan sekarang, tetapi buku-buku komik dan novel grafik bercetak tetap menjadi pilihan pertama. Tak kan 0.01% dari rakyat Malaysia tak membeli penerbitan anda. Perkembangan internet sekarang sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh anda. Ad...
Imej
Cara menerbitkan buku sendiri tidak melalui penerbitan buku merupakan suatu alternatif baru dalam bidang penerbitan buku di Malaysia. Ianya dikenali sebagai SELF PUBLISHING. Kekangan komisen yang terlalu tinggi menambahkan lagi perkembangan sistem SELF PUBLISHING ini. Selain dari itu banyak karya dihantar dibakul sampahkan, menyebabkan pengkarya beralih angin kearah penerbitan cara ini. Bagi pengkarya baru, untuk menjadi seorang pengkarya profesional bukanlah suatu impian, tetapi melihat karya berada dipasaran merupakan suatu kebanggaan. Selain dari berada dipasaran, saluran internet yang ada, boleh diimpak secara maksima untuk memasarkan karya anda. Anda boleh test pasaran dengan mencetak seminima yang boleh iaitu sebanyak 1,000 naskah dan jika terjual, anda boleh merasa hasilnya. Jika karya anda diterbitkan oleh penerbit, 1,000 naskah test market, tidak boleh anda rasai wangnya kerana dalam perjanjian penerbitan anda mengizinkan kepada penerbit untuk mencetak tanpa apa-apa royalti ...